Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

12 May 2010

IP MAN 2 vs IRON MAN 2

Entry kali neh rasa nak bercakap pasal movie yang tengah layan kt GSC, TGV and some more cinemas kat Malaysia neh.. Ohh.. bukan nak laga-lagakan.. dua-dua cerita neh adalah jalan cerita yang berbeza. kisahnye memang berkisar aja-aja fighting. tapi beza nya satu kisah zaman 50-an lagi satu terlampau maju sampaia tak tahu bila waktunya teknologi tuh akan wujud di bumi Malaysia neh..



Bagi aku kedua-dua cerita neh ada jalan cerita yang menarik. tapi aku, Ya AKU. aku lagi terkesan dengan jalan cerita IP MAN sebab IP MAN 2 adalah seperti yang di harapkan..pembawakan cerita tetap berjaya macam IP MAN 1 yg dulu. Rasa kemanusiaan, maruah bangsa dan sayangkan tanah air sangat diterap dalam cerita ni. walaupun disanjung tinggi tetap ada kerendahan hati. paling sayu bila musuh dulu boleh jadi kawan di masa sekarang. Sama-sama mengagumi dan hormat dengan kelebihan masing. Syabas...

Maaf! IRON MAN 2 kurang memberangsangkan seperti yang diwar-warkan. Rasa thrill IRONMAN 1 lagi lazat dari IRONMAN 2..yup, mungkin aku takde lah peminat setia catoon marvel. tapi sepatut nya lebeh banyak nilai-nilai harmoni diterapkan. kan..kan...jangan cepat menyerah kalah..kalau nak serah kalah baik jangan jadi super hero.kahkahkah..tapi ironman adalah kisah dongengan yang sewajarnya juga ada kisah putus harapan.. whiu~

Kalau korang tak tengok lagi cite neh pegi la tengok and judge sendirik setelah menonton..
so antara IP MAN 2 vs IRON MAN 2 sape menang? IP MAN lah~ 5 cahaya bintang tuk IP MAN & 3 cahaya bintang tuk IRON MAN 2. Ini adalah pendapat peribadi. kalau tak suka & saket hati bole keluar dari sini. :)


21 April 2010

Tajuk "Keterujaan Bersama FamilyInLawToBe" mungkin?!

Jumaat lepas..Hooreyyy...cuti!cuti! stiap kali datang jumaat pasti amat menterujakan..semua orang memang sangat teruja.sampai terlompat lompat katak dalam hati.tak percaya? belah lah dada tanya lah hati. hahaha..konfirm mati! Tapi tidak kepada yang bekerja seperti buruh kasar yang terpaksa bekerja di hari sabtu yang syahdu~ jangan berjelesan jika kami BOleh bangun lambat! HAHAHA.. kantoi bangun lambat ini budak! cet, macamlah korang bangun awal sangat kan... ^_^

Mr. Gojes : sayang, balik karang kemas baju tau. kita tido hotel malam neh..

Miss Serabai : Ngaaa?? nak buat apa?? [see. see. ada ke tanya nak buat apa? senget!] Kamu jangan nak ngada.

MG : Btollah..Mak ajak kita tido hotel! jangan lambat tau [nada amat riang sekali]

MS : GLuupp~


Tetiba kan rasa macam ada batu besar yang amat sangat menyesakkan dada. Adoihh!! apa aku nak buat neh? tangan da mula sejuk. nak senyum? nak suka? mungkin...tapi..jantung aku macam dah buat lari pecut 100M 10 round tanpa henti neh. Oxygen.Oxygen.Sungguh tak tipu!

Aku tau satu family MG [sejak bile panggey MG neh?blasah je sbb tgh sesak perot] datang sini sbb adek bongsu ade interview. Tapi takde lah sebajet nak tido hotel bersama-sama family inlawtobe [to-be?? insyaallah]. sungguh menyesakkan jiwa. Tengok-tengok, dah pukul 5.40 ptg! Aduih...mana pergi kegirangan aku setiap petang jumaat dikala ingin pulang? T______T


Mak tunggu kat IKEA. Kita boleh makan sama.. oke.oke. sepecut mana Jumper bersama MG, tetap tersekat disitu jua sebab traffic jam yang agak lazat! Haih.. time kita kejar masa, time tuh lah kereta-keretapi ini mahu berjalan macam kekura. Sesampai je terus mencarik family MG. Ouh.. Lupa nak khabarkan, IKEA dan angah [adek MG yg tengah] adalah sangat sinonim makanya berejam jugalah kami disana. dan aku?? HAHAHA... tutup muka~

KETERUJAAN MELAMPAU - Lepas makan di Kluang Station @ IKANO, terus menterjebakkan diri ke bilik hotel THe Royale Bintang. MG terkulat kulat senyum senyum kambing bila tengok aku yang muka tak bleh blah. takot lebeh mengatasi segala. jantung silalah bekerjasama! apa yang penting?? K.E.R.J.A.S.A.M.A. paham dak jantung ku?? dia tak paham! aduuhhh... masuk2 bilik, waaaahhh....Family room sangat Chantek~ HAHAHA.. terus jantung kembali normal. APEKAH??? teruja melihat bilik hotel yang chantek lagi mewah boleh mengatasi rasa takut dan cuak bertiduran dengan familyinlawtobe. Sungguh tak boleh blah lah cik ARnie neh. keterujaan melampau ini juga menyebabkan daku berat tangan untuk snappy snap bilik chantek itu.Blaaa...T_______T



DIA TIDO CONTROL-CONTROL - Apa ini??apa ini?? lepas salen salen baju, terus duduk berborak-borak bersama - sama sementara adek and his GF prepare untuk interview esok. Yes! adek bongsu juga membawa buah hatinya untuk interview bersama. Tiba masa untuk tido, kami mengambil posisi masing-masing. Ibu, Miss Serabai dan cik GF tido bersama satu bilik dan MG bersama-sama ayah dan adek-adek gagah perkasa satu bilik asing. [oH, family room itu ada 2 bilik berasingan didalamnya] itu pon MG ada ati mahu tido bersama-sama Ibu [hahaha..bajet anak manja tido bawah tiak ibu.tapi bijak dipatahkan ibu] ^_^ "Mak, arni tido semalam macam mana?" - MG "Dia tido control-controllah" - Ibu. APA INI?? nak kena MG neh...tanya soalan sebegitu pada ibu.sememangnya I memang tido sopan pon~



Sesudah subuh aku dah bangun. Hambik kau,tengah-tengah bercuti bulanan, boleh pulak bangun awal dipagi hari. abes prinsip cuti mingguan harus bangun lambat. tak apa. tak apa. hipotamuskrit untuk kebaikan. masok-masok toilet, jegil mata bulat-bulat. tak boleh."T_T tetap xbukak jugak mata ini.. oke.oke. pendekatan kedua, pejam mata rapat-rapat. pastu cakap dalam hati, mata, sila beri kerjasama.nanti sama-sama senang. abes cakap terus CAKKK!! haa.. mata berjaya terbukak cikit. terus basuh muka and mandi manda dengan riang sekali sampai terlupa yang aku duduk dengan inlawtobe. Haiyaaa! adakah mereka dengar akan nyanyian kecil lagi merdu dalam toilet itu?? SDFG%&*HJLE@#$ Abaikan!


Adek bongsu bersama cik GF interview di office MAS Kelana Jaya. Open for MAS relative & Friends ONLY! gila KRONI!! Maknanya, dalam MAS tuh dari Atuk, Nenek, Mak sedara, Ipar duai, Adek angkat, Biras birus semua ada dalam MAS. Maknanya lagi ini company bersama jika kita berfamily secara terang-terangan atau secara gelap-gelapan. Maknanya lagi lagi, kalau anda anda yang teringin amat nak jadi sebahagian crew atau perempuan cantek pakai kebaya atas kapal terbang atau di mana-mana lapangan terbang, sila berusaha keras mencari mana-mana staff MAS untuk dijadikan sepupu atau apa-apa saja untuk relatekan kamu dengan staff MAS supaya peluang kamu cerah sedikit dari Bintang Kejora ku bersatu.Selamat Maju Jaya!



Sementara menunggu adek-adek selesai, ktorg pulang ke hotel mengambil ibu dan angah untuk keluar membreakfast bersama-sama di the Curve.pusing punya pusing, McD McBreakfy jugak amek. sebab dah takde ape-ape yang boleh masok dengan perut.Selepas mengambil adek dari MAS, terus pulang ke kampung halaman Putrajaya..makan-makan dahulu then lepak-lepak dirumah bersama-sama.sambung berborak-borak bersama ibu MG sampai petang..tetiba perut dah start krukk..krukk.. aip! jangan kuat-kuat, nanti ibu dengar. MALU!




KEK DIATAS KUALI ELEKTRIK - ibu bingkas bangun terus ke dapur. "Uncle time neh kena makan. kang kalau tak makan, mau nanti abes semua kena marah." wahhh.. Ibu macam tau-tau saja daughterinlawtobe menyorot dr belakang.[apa tu menyorot?ntah, blasah aje] yaken je aku dengar. Haa..dapat satu Point! Bapa Borek Anak Rintik~ perumpamaan ini maseh boleh dipakai rupanya..MG pon sama. bab makan harus menepati masa. "err auntie..uncle minum apa?" "kopi pon tak pa." Dengan hati gumbira cubalah aku sedaya upaya untuk tidak mengkantoikan diri yang tak pandai buat air kopi. aihhh... Tengok gaya ibu macam nak buat cucur. cucur apekah? tepung, baking soda, garam, gula, susu cair, telur. Owhh.. Ibu nak wat pancake! bestnye. tapikan kite mane ade Flat Pan...maka bergunalah Fancy flat electric pan MG! HAHAHA..

Malam itu MG mengajak ke Saba'. Mahu makan malam bersama-sama di restoran Iran pujaan kami berdua.kononnya itulah tempat kami bercanda. [thanks to Ana sebab perkenalkan restoran neh kt ktorg.] Seperti biasa, aku kenelah menjadi Miss GPS sejati. ohh.. MG tidak tahu akan jalan2 di Cyber dan Putrajaya walaupun sudah 3tahun disini. Aihh..Sesapa mahu pergi Saba' sila lah pergi. Dekat Cyberjaya. Sangat Recommended!! Sangat berbaloi-baloi. Kalau mahu tahu tempat, sila tinggalkan msg. Ibu, Bapa dan adek-adek tak putus-putus cakap sedap. Alhamdulillah..Seronok bila tengok diorg happy makan. Pulang bermakan, singgah menyinggah sekitar putrajaya sebab cik GF tak pernah datang Putrajaya. Bermain-main di dataran sehingga larut malam. selesai itu,terus balik rumah, dan tido kepenatan.




Ahad, "Kitorg dah di alamanda.kat bahagian basah" MG dengan riang memberitahu. Ibu cakap hari ini mahu masak tengahari sebab bapa ada urusan lepas zohor. Ok.Ok. mencarik barang-barang juga menterujakan. Macamlah tak tahu, cik Arnie dengan shopping tak boleh dipisahkan..Tidak lupa juga mencarik Flat Pan yang normal dan tidak berfancy. Adek berkata mahu membuat Lamb Chop untuk dinner. Nyumm..nyumm..

Kali ini shopping, aku 'payungkan'. tak ape.tak ape. nanti-nanti MG tolong balik cket- cket. kan..kan.. Balik rumah terus tolong ibu memasak. hehehe.. gigil beb! tapi aku cuba yang terbaik. cik GF pon turut membantu. tapi asal mintak tolong MG, langsung tak mahu! senget!! saje nak kenakan aku lah tuh.. cet! Lepas makan-makan, terus mengantok. menguap pun ala-ala siput sedut. Biarlah nak kata control ke hapa.. kalau dihulurkan bantal, mau je terbongkang aku depan tv tuh. Abes terbongkar segala keayuan aku. HAHAHA.tak boleh.tak boleh. tahan..tahan.. MG sedap je tido biarkan aku dan ibu berborak. sungguh dia kenakan aku...

Jom tengok Date Night! Angah mengajak menonton.. petang itu terus ke Alamanda bersama sama MG, Angah, Adek dan cik GF.sape yang berlakon? Steve Carell dan Tina Fey lah! memang terbaik. Gelak gelak sampai pening kepala aku. Muvie ini juga sangat direkomenkan!! cepat-cepat sementara maseh ditayangkan. tapi ingat, 18 PL ok..adek-adek yang blom 18 sila pergi dibawah pengawasan ibu bapa. kalau tak, nanti tak faham hape. tapi budak-budak sekarang bukan kah dah advance?

Balik dari muvie, adek terus prepkan untuk dinner. Yup Lamb Chop! memang terbaik lah.. malas nak cakap banyak sbb layan makan sampai tak bercakap..Sedap beb!



Isnin itu Family MG sudah mahu pulang. sedeh jugak mengingatkan masa yang di'aktif'kan bersama-sama. Alhamdulillah semua berjalan lancar. the whole family happy.. kira macam aku berjaya la wat satu family happy dengan cuti-cuti malaysia diorg kali neh. tak ada yang aku harapkan selain daripada penerimaan dalam keterbukaan hati. Syukur ku pada-Mu Ya Allah!! Syukur Alhamdulillah..T_____T

6 November 2009

Pisau Cukur~

.

Oh my Louis Vuitton!!
aku MC semalam!! dan sebab itulah aku mampu pergi menonton Pisau Cukur yang awal2 lagi aku dah chup ngn incik ZAM masa tgk thriller dia. "ayg booking abg tuk pegi tgk fazura oke!" lelaki itu hanya mengangguk..hahaha..

Aku bukan nye D.H.F Fazura. tp minat la jugak.. hiu~ comel kot. Well pe kaitan PIsau Cukur ngn MC?? simple!! Bile MC leh tgk Pisau Cukur awal. hahaha...xde la. aku betul2 MC. masalah wanita yang setiap bulan datang. hahaha.. tp aku bukan stiap bulan MC oke! [bajet budak baik..] sebab teruk sgt, aku dpt painkiller yg agak koat.. telan 2 bijik, dah oke~

ptg cket bile da rasa oke, aku pegi tgk Pisau Cukur.. Well.. overall oke. best. awal2 tuh macam agak bosan.tp bile da tengah2 dah mula menarik..

Rasanya sinopsis cerita ramai yang dah tahu..tp gaya lakonan Maya (Bella) ngn Fazura (Intan) amat cute. Tapi rasanya aku xlepas pandang bile part Faqir.. Cute amat!! lakonan REDZA MINHAT. ntah ler rasa macam mengingatkan aku kepada seseorg ... <-- korang xpayah panaskan ayat neh, ZAM dah tahu sape...

4 out of 5 kot~ tp fazura 10 out 5 hahaha... gila obses!! Panasss!! Pegi la tgk Romantic Comedy!!



And this is Redza Minhat. cute rite??

1 September 2009

Saya Anak Merdeka!!!

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Wahh.. entry yang sangat patriotik! Saya chentakan Malaysia! Saya amat sayangkan Malaysia! Sungguh xmain-main.. aishh.. mana leh main-main.. kalo xsayang Malaysia, nyah kau dari bumi merdeka ini~ hahahaha...

Arini da 1 Sept. Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52~ (T_T).. terharu sangat kita mampu hidup aman damai dalam masyarakat yang majmuk!!

Persetankan apa org kata tentang Malaysia.Mereka hanya dengki dengan kita sebab kita mampu membina ikatan kekeluargaan dalam masyarakat yang berbilang kaum. haaa... Persetankan!! Tapi Setan kan kene kurung skrg neh~ hahahaha...

Semalam aku tengok cite Hati Malaya kat Tv2..oh.okk... sape yang tatau pasal histry kite, better tengok cite tuh tuk flash back ape yang dah kite blaja time form 1 dolu2~.. Malu la duduk di negara merdeka tapi tatau asal usul kemerdekaan.. Tahniah Shuhaimi Baba sebab berjaya menghasilkan karya yang sungguh ilmiah!! Ilmiah oke!!

Aku nanges tengok betapa susahnye Tunku nak ke London tuntut kemerdekaan... "Kita kena p London, Jumpa orang sana untuk tuntut kemerdekaan... tapi kita xdak duet nak p.."- sedeh tak bile anak raja terpaksa mintak bantuan rakyat tuk pegi London.. Alahai...

Aku nanges bile tengok macam mana masyarakat Melayu, Cina dan India boleh duduk satu berbincang dan sama2 memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu.. semangat serta cintakan tanah air amat membuak2 dalam sanubari mereka..

Sekarang, 52 tahun dah berlalu.. harap, ape yang datuk nenek kita perjuangkan tak sia-sia.. kita anak merdeka...teruskan lah kemerdekaan kita... tanamkan sayang dan chentakan negara..Pemimpin silih berganti...tapi negara kita tetap disini..hanya satu.Dan satu inilah yang harus dipertahankan...

Persetankan semua perbalahan...ape guna nak baling-baling kerusi padahal akhirnya, kita juga yang mengaduh sakit. Kepada rakyat Malaysia, tengok dan selidik balik asal usul negara. dan dari situ, kita akan sayang dan cintakan Malaysia...Abeh kurang pon tengok je Hati Malaya.. (",)

Hohoho.. entry yang amat Patriotik..Amat Ilmiah... bangga lah!!

Peace No War~

24 May 2009

Muvie Marathon!!

Ouh.. Last Saturday Nite We spend time together for Movie Marathon!!~ hahaha.. sbb satu ari duk umah pada kesiangan hari [yaa.. jadi budak baik] Maka nya pada malam hari, ktorg decide mao jadi burung hantu! We started with this one :



Then kuar tuh rest half an hour, masok yang neh pulak :


And after that we go for this one :



hahaha.. akhirnya ktorg pulang pada pukul... ermm.. ntah!!

Comments SC : Aku yang nak tengok sebenarnye. ntah nape. so kalo nak ajak ZAM tgk gak, aku kne blanje dia. overall best. Cinema almost full House!! impress~ Haziq mmg budak nakal yang cute [brava to Aznil yg kenalkan Haziq] Cite neh mmg menginsafkan. Sedeh. and cepat2 lah bertaubat~ seriously!! Huuu.. [terasa aku]

Comments A&D : Hoo.. this one need more focus. kalo x ke laut lah xpaham ape yg jadi. Jalan cerita ttg perkembangan church kt Ventican dan macam mane diorg nak selamatkan Father2 yg kne kidnap skaligus slamatkan Ventican. Hurmm.. Disyorkan kepada penggemar Sejarah Tamadun Dunia. Dan tidak lupa jugak kepada Da Vinci Code Fans. Exciting & thrill.

Comments NAM2 : Kelako!! Best. macam NAM1. tapi rasanya best NAM1 kot... hehuu...

Kalo korang x tengok lagi, n teringin nak gi tgk, pegi la tgk.. at least mmg bole ilangkan tensi keja kat opis tu kojap~

ngeee..
Chow

31 March 2009

T.A.L.E.N.T.I.M.E


Yup!! Yup!! another brand new story telling [movie] by well-known director Yasmin Ahmad. Who else in Malaysia can be the best like her. She got her own way to give soul in each of her masterpiece. And the latest one is TALENTIME..

What is TALENTIME??
A talent search competition has matched two hearts - that of Melur, a Malay-mixed girl and an Indian male student, Mahesh. Melur, with her melodious voice, singing whilst playing the piano is one of the seven finalists of the Talentime competition of her school organised by Cikgu Adibah. Likewise Hafiz, enthralling with his vocalist talent while playing the guitar, divides his time between school and mother, who is hospitalised for brain tumor.

I watched this Movie last Sunday with my lovely dubby ZAM. This TALENTIME is about 2hours story, full with real life story. Happy, sad, comedy... it's COMPLETE!! They make me laugh and cry with them...I'm agreed with ZAM!! It was SUPERB Movie. 5 stars for TALENTIME!!

But as usual "Sayang, Nape cite best camni panggung kosong jer?"
"This is malay story sayang..It's not like outside's movie.
Now our job is to separate the words to everybody..." - said ZAM with a big smile to me.

Pity to us.. :(
Support Industri Tempatan !!