Showing posts with label FOOD HEAVEN. Show all posts
Showing posts with label FOOD HEAVEN. Show all posts

21 April 2010

Tajuk "Keterujaan Bersama FamilyInLawToBe" mungkin?!

Jumaat lepas..Hooreyyy...cuti!cuti! stiap kali datang jumaat pasti amat menterujakan..semua orang memang sangat teruja.sampai terlompat lompat katak dalam hati.tak percaya? belah lah dada tanya lah hati. hahaha..konfirm mati! Tapi tidak kepada yang bekerja seperti buruh kasar yang terpaksa bekerja di hari sabtu yang syahdu~ jangan berjelesan jika kami BOleh bangun lambat! HAHAHA.. kantoi bangun lambat ini budak! cet, macamlah korang bangun awal sangat kan... ^_^

Mr. Gojes : sayang, balik karang kemas baju tau. kita tido hotel malam neh..

Miss Serabai : Ngaaa?? nak buat apa?? [see. see. ada ke tanya nak buat apa? senget!] Kamu jangan nak ngada.

MG : Btollah..Mak ajak kita tido hotel! jangan lambat tau [nada amat riang sekali]

MS : GLuupp~


Tetiba kan rasa macam ada batu besar yang amat sangat menyesakkan dada. Adoihh!! apa aku nak buat neh? tangan da mula sejuk. nak senyum? nak suka? mungkin...tapi..jantung aku macam dah buat lari pecut 100M 10 round tanpa henti neh. Oxygen.Oxygen.Sungguh tak tipu!

Aku tau satu family MG [sejak bile panggey MG neh?blasah je sbb tgh sesak perot] datang sini sbb adek bongsu ade interview. Tapi takde lah sebajet nak tido hotel bersama-sama family inlawtobe [to-be?? insyaallah]. sungguh menyesakkan jiwa. Tengok-tengok, dah pukul 5.40 ptg! Aduih...mana pergi kegirangan aku setiap petang jumaat dikala ingin pulang? T______T


Mak tunggu kat IKEA. Kita boleh makan sama.. oke.oke. sepecut mana Jumper bersama MG, tetap tersekat disitu jua sebab traffic jam yang agak lazat! Haih.. time kita kejar masa, time tuh lah kereta-keretapi ini mahu berjalan macam kekura. Sesampai je terus mencarik family MG. Ouh.. Lupa nak khabarkan, IKEA dan angah [adek MG yg tengah] adalah sangat sinonim makanya berejam jugalah kami disana. dan aku?? HAHAHA... tutup muka~

KETERUJAAN MELAMPAU - Lepas makan di Kluang Station @ IKANO, terus menterjebakkan diri ke bilik hotel THe Royale Bintang. MG terkulat kulat senyum senyum kambing bila tengok aku yang muka tak bleh blah. takot lebeh mengatasi segala. jantung silalah bekerjasama! apa yang penting?? K.E.R.J.A.S.A.M.A. paham dak jantung ku?? dia tak paham! aduuhhh... masuk2 bilik, waaaahhh....Family room sangat Chantek~ HAHAHA.. terus jantung kembali normal. APEKAH??? teruja melihat bilik hotel yang chantek lagi mewah boleh mengatasi rasa takut dan cuak bertiduran dengan familyinlawtobe. Sungguh tak boleh blah lah cik ARnie neh. keterujaan melampau ini juga menyebabkan daku berat tangan untuk snappy snap bilik chantek itu.Blaaa...T_______T



DIA TIDO CONTROL-CONTROL - Apa ini??apa ini?? lepas salen salen baju, terus duduk berborak-borak bersama - sama sementara adek and his GF prepare untuk interview esok. Yes! adek bongsu juga membawa buah hatinya untuk interview bersama. Tiba masa untuk tido, kami mengambil posisi masing-masing. Ibu, Miss Serabai dan cik GF tido bersama satu bilik dan MG bersama-sama ayah dan adek-adek gagah perkasa satu bilik asing. [oH, family room itu ada 2 bilik berasingan didalamnya] itu pon MG ada ati mahu tido bersama-sama Ibu [hahaha..bajet anak manja tido bawah tiak ibu.tapi bijak dipatahkan ibu] ^_^ "Mak, arni tido semalam macam mana?" - MG "Dia tido control-controllah" - Ibu. APA INI?? nak kena MG neh...tanya soalan sebegitu pada ibu.sememangnya I memang tido sopan pon~



Sesudah subuh aku dah bangun. Hambik kau,tengah-tengah bercuti bulanan, boleh pulak bangun awal dipagi hari. abes prinsip cuti mingguan harus bangun lambat. tak apa. tak apa. hipotamuskrit untuk kebaikan. masok-masok toilet, jegil mata bulat-bulat. tak boleh."T_T tetap xbukak jugak mata ini.. oke.oke. pendekatan kedua, pejam mata rapat-rapat. pastu cakap dalam hati, mata, sila beri kerjasama.nanti sama-sama senang. abes cakap terus CAKKK!! haa.. mata berjaya terbukak cikit. terus basuh muka and mandi manda dengan riang sekali sampai terlupa yang aku duduk dengan inlawtobe. Haiyaaa! adakah mereka dengar akan nyanyian kecil lagi merdu dalam toilet itu?? SDFG%&*HJLE@#$ Abaikan!


Adek bongsu bersama cik GF interview di office MAS Kelana Jaya. Open for MAS relative & Friends ONLY! gila KRONI!! Maknanya, dalam MAS tuh dari Atuk, Nenek, Mak sedara, Ipar duai, Adek angkat, Biras birus semua ada dalam MAS. Maknanya lagi ini company bersama jika kita berfamily secara terang-terangan atau secara gelap-gelapan. Maknanya lagi lagi, kalau anda anda yang teringin amat nak jadi sebahagian crew atau perempuan cantek pakai kebaya atas kapal terbang atau di mana-mana lapangan terbang, sila berusaha keras mencari mana-mana staff MAS untuk dijadikan sepupu atau apa-apa saja untuk relatekan kamu dengan staff MAS supaya peluang kamu cerah sedikit dari Bintang Kejora ku bersatu.Selamat Maju Jaya!



Sementara menunggu adek-adek selesai, ktorg pulang ke hotel mengambil ibu dan angah untuk keluar membreakfast bersama-sama di the Curve.pusing punya pusing, McD McBreakfy jugak amek. sebab dah takde ape-ape yang boleh masok dengan perut.Selepas mengambil adek dari MAS, terus pulang ke kampung halaman Putrajaya..makan-makan dahulu then lepak-lepak dirumah bersama-sama.sambung berborak-borak bersama ibu MG sampai petang..tetiba perut dah start krukk..krukk.. aip! jangan kuat-kuat, nanti ibu dengar. MALU!




KEK DIATAS KUALI ELEKTRIK - ibu bingkas bangun terus ke dapur. "Uncle time neh kena makan. kang kalau tak makan, mau nanti abes semua kena marah." wahhh.. Ibu macam tau-tau saja daughterinlawtobe menyorot dr belakang.[apa tu menyorot?ntah, blasah aje] yaken je aku dengar. Haa..dapat satu Point! Bapa Borek Anak Rintik~ perumpamaan ini maseh boleh dipakai rupanya..MG pon sama. bab makan harus menepati masa. "err auntie..uncle minum apa?" "kopi pon tak pa." Dengan hati gumbira cubalah aku sedaya upaya untuk tidak mengkantoikan diri yang tak pandai buat air kopi. aihhh... Tengok gaya ibu macam nak buat cucur. cucur apekah? tepung, baking soda, garam, gula, susu cair, telur. Owhh.. Ibu nak wat pancake! bestnye. tapikan kite mane ade Flat Pan...maka bergunalah Fancy flat electric pan MG! HAHAHA..

Malam itu MG mengajak ke Saba'. Mahu makan malam bersama-sama di restoran Iran pujaan kami berdua.kononnya itulah tempat kami bercanda. [thanks to Ana sebab perkenalkan restoran neh kt ktorg.] Seperti biasa, aku kenelah menjadi Miss GPS sejati. ohh.. MG tidak tahu akan jalan2 di Cyber dan Putrajaya walaupun sudah 3tahun disini. Aihh..Sesapa mahu pergi Saba' sila lah pergi. Dekat Cyberjaya. Sangat Recommended!! Sangat berbaloi-baloi. Kalau mahu tahu tempat, sila tinggalkan msg. Ibu, Bapa dan adek-adek tak putus-putus cakap sedap. Alhamdulillah..Seronok bila tengok diorg happy makan. Pulang bermakan, singgah menyinggah sekitar putrajaya sebab cik GF tak pernah datang Putrajaya. Bermain-main di dataran sehingga larut malam. selesai itu,terus balik rumah, dan tido kepenatan.




Ahad, "Kitorg dah di alamanda.kat bahagian basah" MG dengan riang memberitahu. Ibu cakap hari ini mahu masak tengahari sebab bapa ada urusan lepas zohor. Ok.Ok. mencarik barang-barang juga menterujakan. Macamlah tak tahu, cik Arnie dengan shopping tak boleh dipisahkan..Tidak lupa juga mencarik Flat Pan yang normal dan tidak berfancy. Adek berkata mahu membuat Lamb Chop untuk dinner. Nyumm..nyumm..

Kali ini shopping, aku 'payungkan'. tak ape.tak ape. nanti-nanti MG tolong balik cket- cket. kan..kan.. Balik rumah terus tolong ibu memasak. hehehe.. gigil beb! tapi aku cuba yang terbaik. cik GF pon turut membantu. tapi asal mintak tolong MG, langsung tak mahu! senget!! saje nak kenakan aku lah tuh.. cet! Lepas makan-makan, terus mengantok. menguap pun ala-ala siput sedut. Biarlah nak kata control ke hapa.. kalau dihulurkan bantal, mau je terbongkang aku depan tv tuh. Abes terbongkar segala keayuan aku. HAHAHA.tak boleh.tak boleh. tahan..tahan.. MG sedap je tido biarkan aku dan ibu berborak. sungguh dia kenakan aku...

Jom tengok Date Night! Angah mengajak menonton.. petang itu terus ke Alamanda bersama sama MG, Angah, Adek dan cik GF.sape yang berlakon? Steve Carell dan Tina Fey lah! memang terbaik. Gelak gelak sampai pening kepala aku. Muvie ini juga sangat direkomenkan!! cepat-cepat sementara maseh ditayangkan. tapi ingat, 18 PL ok..adek-adek yang blom 18 sila pergi dibawah pengawasan ibu bapa. kalau tak, nanti tak faham hape. tapi budak-budak sekarang bukan kah dah advance?

Balik dari muvie, adek terus prepkan untuk dinner. Yup Lamb Chop! memang terbaik lah.. malas nak cakap banyak sbb layan makan sampai tak bercakap..Sedap beb!



Isnin itu Family MG sudah mahu pulang. sedeh jugak mengingatkan masa yang di'aktif'kan bersama-sama. Alhamdulillah semua berjalan lancar. the whole family happy.. kira macam aku berjaya la wat satu family happy dengan cuti-cuti malaysia diorg kali neh. tak ada yang aku harapkan selain daripada penerimaan dalam keterbukaan hati. Syukur ku pada-Mu Ya Allah!! Syukur Alhamdulillah..T_____T

4 August 2009

Aktiviti Weekend =D

1st August 2009 - oh oke, start on August onwards, Company isytiharkan Sabtu xyah dtg kije. except kalo kije byk, Sila Datang ke Opis untuk Langsaikan Tugasan Anda!! Dan ari Sabtu yang membahagiakan itu, aku meraikan minggu sabtu aku dengan riang ria sekali di rumah!! [Bajet xpenah cuti sabtu jer] Ohh.. xde alasan lagi tuk tidak pulang ke kampung halaman!!
Abg, please take note oke!! ade hint2 di sini.. Bukan lupa jalan pulang ke Kedah. Tapi setiap minggu bz jer.x aku yang bz,
ZAM kne out station.

Sabtu yang membahagiakan itu juge, Jaja & Nanaz da plan nak wat BBQ Party. seminggu sebelum tu diorg da ckp ngn aku & ZAM dan melantik ZAM sebagai chef [automatiknye aku co-chef lah. ehh..Neh x bermakna aku x reti masak oke. Cuma ZAM terror cket je dr aku.] Bile ZAM tau jer dia dilantik sebagai Mr Chef, excited nye.. MasyaAllah... time tuh gak list brg nak beli, ape nak buat.. haaa... discuss la korang kat atap putih! Aku nak makan jer... huh!!

2 ari sebelum Sabtu yang tenang lagi aman, ktorg pegi rakie tempat nak ber-party. byk gak laa tman2 ktorg redah kt Putrajaya neh. Most of the places kne mintak kebenaran and that party must be wrap up before 7pm. Masalahnye ktorg plan tuk bakar membakar dimalam hari.. aihhh.. payah betul..



Fast Foward!! Sabtu!! petang tuh ktorg ke Cyberjaya..[cni je tempat yang aman lagi senang tuk mmba2 ktorg kt cyber nk dtg] Taman Tasek Cyberjaya..that party memang best! bakar membakar.. ayam, udang, sotong, satay was marvellous!! I bet everyone had their moment! Thank you for coming guys.. As we knew this party is a farewell party for Nanaz who will leave us to another company...**SAD**

Good Luck Nanaz!!


-- Kipas laju2.. kalo x kipas xley makan!! --



-- Nyum2.. ittadakimasu!! --

.................................................||...............................................

2nd August 2009 - 2 aktiviti berbeza tapi amat memenuhi hujung minggu aku.. Makan Kerang Bakar di Putrajaya Floria'09!! hahahaha.. ZAM, aku, Jaja & Nanaz berkelah di tepian tapak letak kereta pasa malam, makan kerang bakar yang di sediakan oleh Chef ZAM [oke..mode chef dia x abes2] sambil menyaksikan pertunjukan belon panash amat besao macam gaint main naik turun naik...Sungguh indah!!



Alang-alang menyeluk lengan,
biar sampai ke pangkal pekasam,
Alang-alang dah terlajak makan,
biar terus berjalan untuk bersenam...

Floria'09 [1 Ogos 2009 - 9 Ogos 2009]. Sape belum pegi, cube lapang-lapangkan diri pegi tgk ape yang ada kat ctu. Tapaknye sekitar persiaran tasik di Precint 2, Putrajaya. Serious Indahnye dunia dengan himpunan pelbagai bunga... siap bunga taik ayam pon dikatakan wangi.. dah malam kan.. mane nampak bunga ape tuh. Eh..eh.. wangi nye kt cni. skali ZAM tunjuk

Common Name : Bunga Tahi Ayam
Scientific Name : Lantana Camera Linn
Origin : Mexico.

Hambik kau.. dah, jom beredar dari sini!!
ZAM memang suka memalukan aku didepan orang ramai tanpa sesiapa pun sedar.

kalo korang nak carik benih2 pokok nak tanam depan blakang umah pon bole. macam-macam ade jual.. at least bole save cost kan.. beli anak pokok cili ke, limau purut ke, kunyit ke. bawang ke..bole wat masak kan.. jangan p beli pokok getah or kelapa sawit pi tanam belakang umah.. kang xde sape nak gi noreh...

okeh la... tgk je gamba oke..


-- Meh naik meh belon panas --


-- Kami berEmp4t, sape nye bayang neh?? --


-- Hurmm.. takot sesat --




-- 1st Lilies 2nd Rosses --


-- save the best for the last =D --

24 June 2009

Ape korang main time kecik2 dolu?

Malam semalam, lepas kerja, aku terus pegi Bangi.haa..kalo nak cari aku lepas keje stiap aku Selasa, carik kat warta Bangi oke! aku neh bendahari xbertauliah liga bowling Bahagian Keutuhan Pengurusan (BKP) aka tempat keje ZAM. Apa aku wt kat sana?? kan aku ckp tadi aku jadi bendahari xbertauliah merangkap chearleader pompomgirl tuk Muhammad Multazam.ahaks... apa lag, aku menyebok lah sambel melontarkan suara2 nyempreng~ Aku kan awek yang baik...

Kembali ke topiks asal. lepas main mainan tersebut, kesemua rakan2 perlontaran berasa lapar, lalu, ktorg pergi lah mencarik butiran nasik di Perantauan. Kak Nurul, Yamusa, Hady, Epoi and another new guy. Sume member
ZAM. dan secara langsung, saya yang paling rumaja antara mereka-mereka suma. hahahaha..Lepak bersama abang - abang dan kakak adalah sangat happening, Asalnye topiks awalan adalah time hari sukan SPRM diorg tuh. Last diorg ckp nak wat sajes tuk main permainan rakyat jer. almaklum lah skrg kan ekonomi gawat.banyak dah kne cut cost.

Start dari Epoi, sume da start merepek.. "Korang ingat lagi x men...."


1. Toi atau Galah Panjang - menci main neh. asek fail jer~
2. Main Tuju Kasot. paling berksan kalo gune slipa Jepun tapak putih tali biru.slipa tandori payat..
3. Zero point siap nyanyi n nari skali oke.
4. Batu seremban gune biji kacang. - aku gune batu. mama aku men gune biji kacang.
5. Konda-kondi - yang neh aku xsempat main..diorg yg abg2 je sempat main.
6. Main Guli - yang neh pon aku xsempat main..Rugi sungguh
7. Main Pemadam - ohh.. time neh collection pemadam aku sangat dicemburui...
8. Tudung Tin.. - hahaha.. dulu tepi jalan pon sanggop kutip tudung tin. sangat pembersih budak2 dulu kan.
9. Potong kad board, lipat dua jadi 3 segi.pastu lukis sket no jersi n nama pemain, nahhh korang dah ade satu team bola!!! - nama permainan neh main bola la kot.
10. Rounders!! - yang neh memang best! main gune bola tenis. Lagi terbaik kalo dapat bola golf!
11. Peluk Tiang - Haaaa.. korang jangan cakap korang xpenah main time skola dulu. main peluk tiang kat korido skola! tobat korang tipu kalo xpenah main!tobat ah!!
12. Lawan Biji Getah - haa nih dulu aku main masa duk Taman Saga Baling. keliling taman au pokok getah. sanggop masok hutan neh carik biji getah terbaik. Kira hape ade Babi Hutan ke mawas. kalo jumpe lari sudey~

hahahaha.. ktorg memang bergelak [sibaik xguling2 atas tanah] bile teringat time bebudak dulu.. korang jangan ingat, zero point ngn batu seremban tuh budak pompuan je yang main, diorg pon ckp diorg main zero point lompat2 nari2 bagai.. hahaha.. cube skrg neh suh diorg wat balik. tobat patah abes tulang selangka. haahaha.. dah tua. minum anlene~~

Rugi kan budak2 zaman skrg... diorg umo 3,4,5 tahun tao main PS2, Gamebox, n ntah hape-hape lagi. main mende alah tu bukan kuar peluh pon. isk rugi-rugi...

Teringat laa aku zaman kanak-kanak rubina aku dlu2..sangat comel!!~ oh.. rindu.... korang main ape lagi eh time kecik2 dulu?? ade yang aku xsenarai kan???

p/s : aku dah start cuak tuk interview nnt. cuak amat! saje tuka topik tuk redakan kecuakan neh.adehhhhh....




5 May 2009

Its Party Time!!~

Hahaha.. xsangka, surprise aku menjadi. dengan bantuan Ad-Nina, alhamdulillah sume berjalan lancar. TQ sume kengkawan yg datang.Ad & Lemey, Kak Nurul & Yamusa, Darlyn, Analiyana, Ijan & Arm. Korang sume mmg supportive lah! kalo xde korang memang xmenjadi lah party malam tuh..

Al-kisahnye, aku dah terbuat appointment kat satu tempat and appointment tuh dah membuatkan ZAM xdapat gi main badminton macam selalu.[stiap ari rabu mlm dia akan men badminton ngn org2 opis dia]. nak x nak, dia kene temankan aku lah kan. dah pulak aritu, dia ada final latihan nasyed sampai kol 7mlm pon xreti2 nak abes practice agi. aku memang da cuak sbb kalo cancel neh, hancuss la plan aku. buat plak ritu, Lisa aku taya pecah~ hehehe.. so sumenye bergantung pada Jumper..

Tunggu punya tunggu, at last ZAM turun dr HQ nya, muka dia, Tensi ja.. aku takot nak tegur, tapi aku wat bodo gak.. terus ckp.. dan ckp..dan ckp...sbnrnye aku takot, ZAM dok menyelit2 keta2 kt ctu..alahai, rasa cam 1 inch ja antara keta len ngn Jumper.[Jantung aku letak tepi jap] badjet cam kol 7.50 sampai la kat bandar puteri tuh, tp 15min ja sampai. isk~

sampai je terus aku uruskan appointment aku. Sambe2 tuh aku roger ad, n yg len2.. ada yg tgh on the way. tp so far, sume berjalan lancar..abes je appointment, aku ajak ZAM mkn. slalunye dia yg ajak aku mkn..hehu, satu lagi dia xperasan.. suke2.. aku ajak gi Bumbu Bali...naik2 je tingkat atas Bumbu Bali, ZAM ternampak sume da tunggu dia..hahaha...seprise!!~

Well misi aku tercapai!! Dia bergenang air mata~ hehe, aku namao celoteh panjang. Just enjoy the Pict~

p/s : Food kt Bumbu Bali Besssst~



-- Just arrived, muka terkezot~ --


-- nasi Goreng Bali --


-- Campur 3 main Course --


-- SeaFood Platter..Yummy~ --


-- Thinking For the Wish, Me just Waiting to blow the candle! --


-- B'Day Boy.. boy kah lagi?? haha.. --


-- Rakan Subahat, Ad-Nina --


-- Tetamu Kehormat --


-- Rakan seSekolah,

-- 3 toges, Adhamiss Arnie, Darlyn & Ijan -- Miss the rest of us!


--They are A Part of My Life --


-- B4 Pulang, ZAM, Me, Lemey & Ad --

Ada lagi kalo korang nak tgk, just go to here : Zam's B'Day Album

26 March 2009

up : BWC the Jr~

Hye.. Sorry guys cz i'm upload this photo bit late. [I've some problem to transfer those pict from my new hp to pc. huhuhu] Still remember Faryn?? here we go, The gorgeous Faryn!!



-- Yeash!! This is Faryn.. Cute Gurl~ --


-- Excited, But Afraid to Hold --


-- Crowning Kay & her Baby --



== Aktiviti lepas tgk baby, lunchy lunch @ TonyRoma's --

27 February 2009

Stress + Tekanan = Makan!!

hurmm.. skrg dah pon pukul 8.15pm. dan aku still lagi kat opis. [macam xde rumah jer aku neh kan..] huk.huk..huk.. aku mao pulang!! aku mao balik!!! mao pegi pasa malam, beli makanan tuk aku n CHIBI!! yaaa.. anak ku CHIBI tinggal bersendirian... cian dia. Mama papa nya asyek buzy jer.. haa.. sebot pasal papa CHIBI, dia xde disini.. xde di Putrajaya.. Dia di Segamat Johor.. ade kusus BTN seminggu~ huaaaaaaaaaaa....

gadoh2 dalam relationship ney standard la kan.. tapi gadoh2 time salah sorg nak pegi jaoh tuk sementara waktu nie kan.. amatlah memeritkan. so kesimpulannye saya amat merindui si Dia~ hurmmm... Pat la balik.... :(

ok2.. actually ada benda nak cerita, 21hb aritu, aku and kak yan da pindah umah. @ precint 9 fasa 8. huhuhu.. umah nye boley thn besao. quartes JPM kan.. hurmm.. ney yg wat semangat nak keje govern ney.. tetambah badan mmg da penat ngn keje xtentu masa ney kan.. huh~

sebot pasal keje government, keesokkan arinya tuh [pas pindah memindah], aku ada exam PTD!! hohoho.. sangat mencabar minda ku.. soalan boley tahan lah.. tembak menembak jangan ckp lah kan.. tapi syukur, ada jugak yang aku boley jawab.. so xde la jahil sangat aku ney bab - bab Malaysia. aku xde la menaruh harapan melangit. tapi kalo dapat, syukur alhamdulillah... mudah - mudahan...

dan selepas aku exam PTD tuh, ZAM mao celebrate ngn belanje aku, kak nurul, and Yamusa makan kat The Gardens. memang best! dan sangat sedap!! nanti aku post gambo nyer... skrg lupe nak masukkan lam pc..

hohoho.. aku da ngntok, mao pulang. JOM!!
..daaaaa...

Update !!


-- Chibi da maken gumuk!!~ --


-- Kak yan time pindah - pindah umah --


-- Directly after PTD's Exam, Beger King!! --


-- Yesh!! Introduce guys, Kak Nurul and her Hubby~ --


-- Hospitality with a heart, I Heart you tOo --


-- Siakap Lemon Stim, ape ntah.. but totally delicious!! --


-- Muke2 kelaparan --


--ney la keje aku pas tulis blog neh! --