Wah.. sedeh sampai tak lalu makan! sampai mandi pon tak basah! sampai langsung tak lalu tengok blog sendiri!! AHHh melampau kau!! TAK! TAK~! I dah tak sedeh.. hidup mesti diteruskan.. [tapi sumpah kalau I dapat manusia itu, I kerat dia jadi nombor 18!! hahaha..main² saja]
Bukankah esok sudah mahu berpuasa?! Oh.. pantas sungguh masa berlalu kan.. tiktoktiktok...ohh...[sedarlah, korang semua bukan makin muda..;P] rasa macam baru tahun lepas jer sambut raya. MEMANGLAH cik Arnie oiii..isk~
Bukankah bila mahu mula berpuasa dianjurkan sesama muslim bermohon maaf? silap tuh bila korang ingat, time raya aje nak salam sambil mengeluarkan ayat² sarkastik, mintak maaf zahir batin...padahal takde rasa ape² dalam hati. IKHLAS ker kawan²? soal ikhlas atau tidak, tanya pada diri sendiri..
Bukankah bila dah dekat nak berpuasa, akan ade pakcik ensem yang akan announce bila mahu berpuasa. Ohhh.. I teramat rindukan Pakcik itu...Pakcik itu musti ensem lagi..seingat I la, dari I kecik kanak² rebina, sampai la sekarang yang dah bekerja neh, sangat amat excited nak tunggu Pakcik tuh kuar tivi.. hehehe
Bukankah bila diumumkan esok kena mula berpuasa, so hari ini anda akan pulun makan sepuas² nya.. yerlah, esok dah tak boleh bekpes makan roti planta cicah sambal ikan bilis..padahal selama neh, u tak pernah pon makan cemtu untuk bekpes u.. dek kerana KENA berpuasa esoknya, u hentam makan segala makanan yang ada kat kedai tu. hihihi.. sungguh comel perangai~ [ok.ok.. I harus mengaku, I pon segerombalan dlm geng itu T___T]
dan Bukankah sekarang dah pukul 6.45 ptg dan I harus pulang kerumah?? ape yang terhengeh² lagi tuh? malam nie da nak start tarawih.. kena pulang neh... huhu kang penat terus terbongkang.. isk isk..
tapi sebelum itu, I nak call MAMA & ABAH.. I miss them so much. nak mintak ampun sebelum puasa..U dah mintak ampun ngn parents u??
psst : selamat berpuasa semua!! =) make sure bangun sahur before subuh oke!~
0 Orang Baik Hati:
Post a Comment