Showing posts with label SAYAP KIRI SAYAP KANAN. Show all posts
Showing posts with label SAYAP KIRI SAYAP KANAN. Show all posts

10 August 2010

Salam Ramadhan 1431H

Salam..

Wah.. sedeh sampai tak lalu makan! sampai mandi pon tak basah! sampai langsung tak lalu tengok blog sendiri!! AHHh melampau kau!! TAK! TAK~! I dah tak sedeh.. hidup mesti diteruskan.. [tapi sumpah kalau I dapat manusia itu, I kerat dia jadi nombor 18!! hahaha..main² saja]

Bukankah esok sudah mahu berpuasa?! Oh.. pantas sungguh masa berlalu kan.. tiktoktiktok...ohh...[sedarlah, korang semua bukan makin muda..;P] rasa macam baru tahun lepas jer sambut raya. MEMANGLAH cik Arnie oiii..isk~

Bukankah bila mahu mula berpuasa dianjurkan sesama muslim bermohon maaf? silap tuh bila korang ingat, time raya aje nak salam sambil mengeluarkan ayat² sarkastik, mintak maaf zahir batin...padahal takde rasa ape² dalam hati. IKHLAS ker kawan²? soal ikhlas atau tidak, tanya pada diri sendiri..

Bukankah bila dah dekat nak berpuasa, akan ade pakcik ensem yang akan announce bila mahu berpuasa. Ohhh.. I teramat rindukan Pakcik itu...Pakcik itu musti ensem lagi..seingat I la, dari I kecik kanak² rebina, sampai la sekarang yang dah bekerja neh, sangat amat excited nak tunggu Pakcik tuh kuar tivi.. hehehe Pakcik announce esok raya boleh??

Bukankah bila diumumkan esok kena mula berpuasa, so hari ini anda akan pulun makan sepuas² nya.. yerlah, esok dah tak boleh bekpes makan roti planta cicah sambal ikan bilis..padahal selama neh, u tak pernah pon makan cemtu untuk bekpes u.. dek kerana KENA berpuasa esoknya, u hentam makan segala makanan yang ada kat kedai tu. hihihi.. sungguh comel perangai~ [ok.ok.. I harus mengaku, I pon segerombalan dlm geng itu T___T]

dan Bukankah sekarang dah pukul 6.45 ptg dan I harus pulang kerumah?? ape yang terhengeh² lagi tuh? malam nie da nak start tarawih.. kena pulang neh... huhu kang penat terus terbongkang.. isk isk..

tapi sebelum itu, I nak call MAMA & ABAH.. I miss them so much. nak mintak ampun sebelum puasa..U dah mintak ampun ngn parents u??


psst : selamat berpuasa semua!! =) make sure bangun sahur before subuh oke!~

16 July 2010

Sedey! Pilu! Ngilu!

Harap maaf selama neh tak ada yang termampu aku nak merepek kat sini.. maseh merintih kehilangan laptop kesayangan. T_______T . InsyaAllah..ada hikmahnya. Redha rezeki hanya setakat itu. tapi aku tetap usaha untuk mencariknya kembali...nantilah aku citer pasal musibah2 neh.

Tetiba minat pulak lagu Because of You. bukan dari Kelly Clarkson.. tapi band dari korea : After School..




18 May 2010

Broga Hills, Semenyih

"Babe, this sunday hiking jom!"
"ouh..where?what time?"
"Broga Hill. mahu tengok sunset.dengan geng2 climbing"
"wahhh.. menarik.menarik"
"oh makanan jangan lupa bawak. mahu berpicnic kat atas"
"okey~"

Dan Hari Ahad.. Broga Hills~ Here We COMEeeeeeeeee!!! Malangnye time nak sunset, hujan lah pulak..Some of AD's friends want to stay up there while this 3 'togeess' decided to turun early.. takot gulap n slippery..in fact kami sampai awal kan..so dah puas dah duduk atas tuh...

Maybe ramai yang dah tahu akan keindahan di Broga Hill. Nak ke sana tak susah... from Kajang town..just straight to SEMENYIH..till you reach signboard to BROGA. Turn left to Broga and go straight till you reach Nottingham University on your left. be noticed that there are no any signboard to show where to go to broga hills. the entrance takde pintu gerbang bagai ok. it will be at your left and it is opposite to the "Taman Arnab" [sort of la sebab nampak arnab, kambing, lembu..BUBUBU] Parking RM2 dan parking lah kereta anda di celah2 pokok minyak masak tuh..

Why you should go? take a look at the picture and judge it by yourself. Love nature? go for it!!

- AD & ZAM ready to go!! -


- at start point. Bestie Ad before sweaty -


- you may take 5 if tak larat -






- almost there tp view sangat lawa -

-- The awesome scenery --






we will go for sunrise pulak~

11 May 2010

Saket H1N1 - Influenza

.
.



"Demam? errr...
Batuk? uhuk..uhuk..
Seseme? seeeyyhhhhhh..
Saket Tekak? urgh~
Sila dapatkan rawatan dengan segera.
YA SEGERA!!"


Ok..
sesape yang sehat walafiat
jangan bersuka hati..
Elok pergi Klinik lekas.
Amek Vaksin H1N1
saket wooOOoo..
HAHAHAHA..
tipu saja.
tak saket pon.
Just Go..
Nothing to be scared
Pas cucuk, I kasi u Ice Cream oke..
I dah.
U bile lagi?
Sekarang??
Bagussssss..


p/s: pas cucuk akan terasa sengal-sengal badan/ tangan. pastu sikit penin/loya. and kalau anti body korang lemah, korang akan demam. sebab vaksin sedang bertindak balas. Dinasihatkan lepas amek vaksin, telan panadol then rest. Insyaallah suma akan oke. jangan lemah sangat~Good Luck. hihihi

21 April 2010

Tajuk "Keterujaan Bersama FamilyInLawToBe" mungkin?!

Jumaat lepas..Hooreyyy...cuti!cuti! stiap kali datang jumaat pasti amat menterujakan..semua orang memang sangat teruja.sampai terlompat lompat katak dalam hati.tak percaya? belah lah dada tanya lah hati. hahaha..konfirm mati! Tapi tidak kepada yang bekerja seperti buruh kasar yang terpaksa bekerja di hari sabtu yang syahdu~ jangan berjelesan jika kami BOleh bangun lambat! HAHAHA.. kantoi bangun lambat ini budak! cet, macamlah korang bangun awal sangat kan... ^_^

Mr. Gojes : sayang, balik karang kemas baju tau. kita tido hotel malam neh..

Miss Serabai : Ngaaa?? nak buat apa?? [see. see. ada ke tanya nak buat apa? senget!] Kamu jangan nak ngada.

MG : Btollah..Mak ajak kita tido hotel! jangan lambat tau [nada amat riang sekali]

MS : GLuupp~


Tetiba kan rasa macam ada batu besar yang amat sangat menyesakkan dada. Adoihh!! apa aku nak buat neh? tangan da mula sejuk. nak senyum? nak suka? mungkin...tapi..jantung aku macam dah buat lari pecut 100M 10 round tanpa henti neh. Oxygen.Oxygen.Sungguh tak tipu!

Aku tau satu family MG [sejak bile panggey MG neh?blasah je sbb tgh sesak perot] datang sini sbb adek bongsu ade interview. Tapi takde lah sebajet nak tido hotel bersama-sama family inlawtobe [to-be?? insyaallah]. sungguh menyesakkan jiwa. Tengok-tengok, dah pukul 5.40 ptg! Aduih...mana pergi kegirangan aku setiap petang jumaat dikala ingin pulang? T______T


Mak tunggu kat IKEA. Kita boleh makan sama.. oke.oke. sepecut mana Jumper bersama MG, tetap tersekat disitu jua sebab traffic jam yang agak lazat! Haih.. time kita kejar masa, time tuh lah kereta-keretapi ini mahu berjalan macam kekura. Sesampai je terus mencarik family MG. Ouh.. Lupa nak khabarkan, IKEA dan angah [adek MG yg tengah] adalah sangat sinonim makanya berejam jugalah kami disana. dan aku?? HAHAHA... tutup muka~

KETERUJAAN MELAMPAU - Lepas makan di Kluang Station @ IKANO, terus menterjebakkan diri ke bilik hotel THe Royale Bintang. MG terkulat kulat senyum senyum kambing bila tengok aku yang muka tak bleh blah. takot lebeh mengatasi segala. jantung silalah bekerjasama! apa yang penting?? K.E.R.J.A.S.A.M.A. paham dak jantung ku?? dia tak paham! aduuhhh... masuk2 bilik, waaaahhh....Family room sangat Chantek~ HAHAHA.. terus jantung kembali normal. APEKAH??? teruja melihat bilik hotel yang chantek lagi mewah boleh mengatasi rasa takut dan cuak bertiduran dengan familyinlawtobe. Sungguh tak boleh blah lah cik ARnie neh. keterujaan melampau ini juga menyebabkan daku berat tangan untuk snappy snap bilik chantek itu.Blaaa...T_______T



DIA TIDO CONTROL-CONTROL - Apa ini??apa ini?? lepas salen salen baju, terus duduk berborak-borak bersama - sama sementara adek and his GF prepare untuk interview esok. Yes! adek bongsu juga membawa buah hatinya untuk interview bersama. Tiba masa untuk tido, kami mengambil posisi masing-masing. Ibu, Miss Serabai dan cik GF tido bersama satu bilik dan MG bersama-sama ayah dan adek-adek gagah perkasa satu bilik asing. [oH, family room itu ada 2 bilik berasingan didalamnya] itu pon MG ada ati mahu tido bersama-sama Ibu [hahaha..bajet anak manja tido bawah tiak ibu.tapi bijak dipatahkan ibu] ^_^ "Mak, arni tido semalam macam mana?" - MG "Dia tido control-controllah" - Ibu. APA INI?? nak kena MG neh...tanya soalan sebegitu pada ibu.sememangnya I memang tido sopan pon~



Sesudah subuh aku dah bangun. Hambik kau,tengah-tengah bercuti bulanan, boleh pulak bangun awal dipagi hari. abes prinsip cuti mingguan harus bangun lambat. tak apa. tak apa. hipotamuskrit untuk kebaikan. masok-masok toilet, jegil mata bulat-bulat. tak boleh."T_T tetap xbukak jugak mata ini.. oke.oke. pendekatan kedua, pejam mata rapat-rapat. pastu cakap dalam hati, mata, sila beri kerjasama.nanti sama-sama senang. abes cakap terus CAKKK!! haa.. mata berjaya terbukak cikit. terus basuh muka and mandi manda dengan riang sekali sampai terlupa yang aku duduk dengan inlawtobe. Haiyaaa! adakah mereka dengar akan nyanyian kecil lagi merdu dalam toilet itu?? SDFG%&*HJLE@#$ Abaikan!


Adek bongsu bersama cik GF interview di office MAS Kelana Jaya. Open for MAS relative & Friends ONLY! gila KRONI!! Maknanya, dalam MAS tuh dari Atuk, Nenek, Mak sedara, Ipar duai, Adek angkat, Biras birus semua ada dalam MAS. Maknanya lagi ini company bersama jika kita berfamily secara terang-terangan atau secara gelap-gelapan. Maknanya lagi lagi, kalau anda anda yang teringin amat nak jadi sebahagian crew atau perempuan cantek pakai kebaya atas kapal terbang atau di mana-mana lapangan terbang, sila berusaha keras mencari mana-mana staff MAS untuk dijadikan sepupu atau apa-apa saja untuk relatekan kamu dengan staff MAS supaya peluang kamu cerah sedikit dari Bintang Kejora ku bersatu.Selamat Maju Jaya!



Sementara menunggu adek-adek selesai, ktorg pulang ke hotel mengambil ibu dan angah untuk keluar membreakfast bersama-sama di the Curve.pusing punya pusing, McD McBreakfy jugak amek. sebab dah takde ape-ape yang boleh masok dengan perut.Selepas mengambil adek dari MAS, terus pulang ke kampung halaman Putrajaya..makan-makan dahulu then lepak-lepak dirumah bersama-sama.sambung berborak-borak bersama ibu MG sampai petang..tetiba perut dah start krukk..krukk.. aip! jangan kuat-kuat, nanti ibu dengar. MALU!




KEK DIATAS KUALI ELEKTRIK - ibu bingkas bangun terus ke dapur. "Uncle time neh kena makan. kang kalau tak makan, mau nanti abes semua kena marah." wahhh.. Ibu macam tau-tau saja daughterinlawtobe menyorot dr belakang.[apa tu menyorot?ntah, blasah aje] yaken je aku dengar. Haa..dapat satu Point! Bapa Borek Anak Rintik~ perumpamaan ini maseh boleh dipakai rupanya..MG pon sama. bab makan harus menepati masa. "err auntie..uncle minum apa?" "kopi pon tak pa." Dengan hati gumbira cubalah aku sedaya upaya untuk tidak mengkantoikan diri yang tak pandai buat air kopi. aihhh... Tengok gaya ibu macam nak buat cucur. cucur apekah? tepung, baking soda, garam, gula, susu cair, telur. Owhh.. Ibu nak wat pancake! bestnye. tapikan kite mane ade Flat Pan...maka bergunalah Fancy flat electric pan MG! HAHAHA..

Malam itu MG mengajak ke Saba'. Mahu makan malam bersama-sama di restoran Iran pujaan kami berdua.kononnya itulah tempat kami bercanda. [thanks to Ana sebab perkenalkan restoran neh kt ktorg.] Seperti biasa, aku kenelah menjadi Miss GPS sejati. ohh.. MG tidak tahu akan jalan2 di Cyber dan Putrajaya walaupun sudah 3tahun disini. Aihh..Sesapa mahu pergi Saba' sila lah pergi. Dekat Cyberjaya. Sangat Recommended!! Sangat berbaloi-baloi. Kalau mahu tahu tempat, sila tinggalkan msg. Ibu, Bapa dan adek-adek tak putus-putus cakap sedap. Alhamdulillah..Seronok bila tengok diorg happy makan. Pulang bermakan, singgah menyinggah sekitar putrajaya sebab cik GF tak pernah datang Putrajaya. Bermain-main di dataran sehingga larut malam. selesai itu,terus balik rumah, dan tido kepenatan.




Ahad, "Kitorg dah di alamanda.kat bahagian basah" MG dengan riang memberitahu. Ibu cakap hari ini mahu masak tengahari sebab bapa ada urusan lepas zohor. Ok.Ok. mencarik barang-barang juga menterujakan. Macamlah tak tahu, cik Arnie dengan shopping tak boleh dipisahkan..Tidak lupa juga mencarik Flat Pan yang normal dan tidak berfancy. Adek berkata mahu membuat Lamb Chop untuk dinner. Nyumm..nyumm..

Kali ini shopping, aku 'payungkan'. tak ape.tak ape. nanti-nanti MG tolong balik cket- cket. kan..kan.. Balik rumah terus tolong ibu memasak. hehehe.. gigil beb! tapi aku cuba yang terbaik. cik GF pon turut membantu. tapi asal mintak tolong MG, langsung tak mahu! senget!! saje nak kenakan aku lah tuh.. cet! Lepas makan-makan, terus mengantok. menguap pun ala-ala siput sedut. Biarlah nak kata control ke hapa.. kalau dihulurkan bantal, mau je terbongkang aku depan tv tuh. Abes terbongkar segala keayuan aku. HAHAHA.tak boleh.tak boleh. tahan..tahan.. MG sedap je tido biarkan aku dan ibu berborak. sungguh dia kenakan aku...

Jom tengok Date Night! Angah mengajak menonton.. petang itu terus ke Alamanda bersama sama MG, Angah, Adek dan cik GF.sape yang berlakon? Steve Carell dan Tina Fey lah! memang terbaik. Gelak gelak sampai pening kepala aku. Muvie ini juga sangat direkomenkan!! cepat-cepat sementara maseh ditayangkan. tapi ingat, 18 PL ok..adek-adek yang blom 18 sila pergi dibawah pengawasan ibu bapa. kalau tak, nanti tak faham hape. tapi budak-budak sekarang bukan kah dah advance?

Balik dari muvie, adek terus prepkan untuk dinner. Yup Lamb Chop! memang terbaik lah.. malas nak cakap banyak sbb layan makan sampai tak bercakap..Sedap beb!



Isnin itu Family MG sudah mahu pulang. sedeh jugak mengingatkan masa yang di'aktif'kan bersama-sama. Alhamdulillah semua berjalan lancar. the whole family happy.. kira macam aku berjaya la wat satu family happy dengan cuti-cuti malaysia diorg kali neh. tak ada yang aku harapkan selain daripada penerimaan dalam keterbukaan hati. Syukur ku pada-Mu Ya Allah!! Syukur Alhamdulillah..T_____T

20 April 2010

Sekukus Angin Malam..

Dulu pernah berjanji.. mahu menghapdate hasil karya agung pojaan hati [Bajet sangat dikagumi…blaaa] tapi terbantut pergerakan badan dan jari untuk menayangkan disini.. bukan malas! Saya rajen. Tapi kurang kerajenan untuk memblog. Mood? Mungkin mood saya mahu bersiar2 di luar Bandar… mahu tak kita lepak luar Bandar? Tak mahu kuar bole kuar dari konvoy kita..

Jom ke Jengka~ Maaf Jaja.. seharusnya di hapload terlebeh dahulu sebab majlis kamu telah lama dilangsungkan… maaf kerana daku dan ZAM hanya punya 4 kaki, 4 tangan.. tidak sempat untuk mengedit karya teragung..[karya teragung seharusnya tidak perlu diedit bukan?] Mahu bersiar2 ke jengka? Jom.jom..kita ke engagement Jaja…

.
.























Tapikan cik arnie, nape ktorg tgk macam kamu jer yg bertunang??

err..No Comment~ T_________T

.
.
.

Sungai Gabai. Maseh ingat akan trip department IT PMCare ke Gabai?? Haaa.. sungguh haru bertambah biru bila tetiba satu kereta hilang desuppp dari konvoy kitorg… Adoi laa.. naseb baik pemandu itu jugak org Malaysia jugak. Hahaha…kalo tak kita pangey, manusia ini sesat dibumi sendirik. Nak tengok hasil marinate ayam buatan sendirik? Silalah…
.
.

















Maaf entry ini agak sebu dipenuhi angin sekukus [kus-kus]… Tapi kedua-duanya punya tempat dihati ini.. ewaaahhh…

Mekaseh. Entry habis…sekarang boleh keluar