Mr. Gojes : sayang, balik karang kemas baju tau. kita tido hotel malam neh..
Miss Serabai : Ngaaa?? nak buat apa?? [see. see. ada ke tanya nak buat apa? senget!] Kamu jangan nak ngada.
MG : Btollah..Mak ajak kita tido hotel! jangan lambat tau [nada amat riang sekali]
MS : GLuupp~
Tetiba kan rasa macam ada batu besar yang amat sangat menyesakkan dada. Adoihh!! apa aku nak buat neh? tangan da mula sejuk. nak senyum? nak suka? mungkin...tapi..jantung aku macam dah buat lari pecut 100M 10 round tanpa henti neh. Oxygen.Oxygen.Sungguh tak tipu!
Aku tau satu family MG [sejak bile panggey MG neh?blasah je sbb tgh sesak perot] datang sini sbb adek bongsu ade interview. Tapi takde lah sebajet nak tido hotel bersama-sama family inlawtobe [to-be?? insyaallah]. sungguh menyesakkan jiwa. Tengok-tengok, dah pukul 5.40 ptg! Aduih...mana pergi kegirangan aku setiap petang jumaat dikala ingin pulang? T______T
Mak tunggu kat IKEA. Kita boleh makan sama.. oke.oke. sepecut mana Jumper bersama MG, tetap tersekat disitu jua sebab traffic jam yang agak lazat! Haih.. time kita kejar masa, time tuh lah kereta-keretapi ini mahu berjalan macam kekura. Sesampai je terus mencarik family MG. Ouh.. Lupa nak khabarkan, IKEA dan angah [adek MG yg tengah] adalah sangat sinonim makanya berejam jugalah kami disana. dan aku?? HAHAHA... tutup muka~
KETERUJAAN MELAMPAU - Lepas makan di Kluang Station @ IKANO, terus menterjebakkan diri ke bilik hotel THe Royale Bintang. MG terkulat kulat senyum senyum kambing bila tengok aku yang muka tak bleh blah. takot lebeh mengatasi segala. jantung silalah bekerjasama! apa yang penting?? K.E.R.J.A.S.A.M.A. paham dak jantung ku?? dia tak paham! aduuhhh... masuk2 bilik, waaaahhh....Family room sangat Chantek~ HAHAHA.. terus jantung kembali normal. APEKAH??? teruja melihat bilik hotel yang chantek lagi mewah boleh mengatasi rasa takut dan cuak bertiduran dengan familyinlawtobe. Sungguh tak boleh blah lah cik ARnie neh. keterujaan melampau ini juga menyebabkan daku berat tangan untuk snappy snap bilik chantek itu.Blaaa...T_______T
DIA TIDO CONTROL-CONTROL - Apa ini??apa ini?? lepas salen salen baju, terus duduk berborak-borak bersama - sama sementara adek and his GF prepare untuk interview esok. Yes! adek bongsu juga membawa buah hatinya untuk interview bersama. Tiba masa untuk tido, kami mengambil posisi masing-masing. Ibu, Miss Serabai dan cik GF tido bersama satu bilik dan MG bersama-sama ayah dan adek-adek gagah perkasa satu bilik asing. [oH, family room itu ada 2 bilik berasingan didalamnya] itu pon MG ada ati mahu tido bersama-sama Ibu [hahaha..bajet anak manja tido bawah tiak ibu.tapi bijak dipatahkan ibu] ^_^ "Mak, arni tido semalam macam mana?" - MG "Dia tido control-controllah" - Ibu. APA INI?? nak kena MG neh...tanya soalan sebegitu pada ibu.sememangnya I memang tido sopan pon~
Sesudah subuh aku dah bangun. Hambik kau,tengah-tengah bercuti bulanan, boleh pulak bangun awal dipagi hari. abes prinsip cuti mingguan harus bangun lambat. tak apa. tak apa. hipo
Adek bongsu bersama cik GF interview di office MAS Kelana Jaya. Open for MAS relative & Friends ONLY! gila KRONI!! Maknanya, dalam MAS tuh dari Atuk, Nenek, Mak sedara, Ipar duai, Adek angkat, Biras birus semua ada dalam MAS. Maknanya lagi ini company bersama jika kita berfamily secara terang-terangan atau secara gelap-gelapan. Maknanya lagi lagi, kalau anda anda yang teringin amat nak jadi sebahagian crew atau perempuan cantek pakai kebaya atas kapal terbang atau di mana-mana lapangan terbang, sila berusaha keras mencari mana-mana staff MAS untuk dijadikan sepupu atau apa-apa saja untuk relatekan kamu dengan staff MAS supaya peluang kamu cerah sedikit dari Bintang Kejora ku bersatu.Selamat Maju Jaya!
Sementara menunggu adek-adek selesai, ktorg pulang ke hotel mengambil ibu dan angah untuk keluar membreakfast bersama-sama di the Curve.pusing punya pusing, McD McBreakfy jugak amek. sebab dah takde ape-ape yang boleh masok dengan perut.Selepas mengambil adek dari MAS, terus pulang ke kampung halaman Putrajaya..makan-makan dahulu then lepak-lepak dirumah bersama-sama.sambung berborak-borak bersama ibu MG sampai petang..tetiba perut dah start krukk..krukk.. aip! jangan kuat-kuat, nanti ibu dengar. MALU!
KEK DIATAS KUALI ELEKTRIK - ibu bingkas bangun terus ke dapur. "Uncle time neh kena makan. kang kalau tak makan, mau nanti abes semua kena marah." wahhh.. Ibu macam tau-tau saja daughterinlawtobe menyorot dr belakang.[apa tu menyorot?ntah, blasah aje] yaken je aku dengar. Haa..dapat satu Point! Bapa Borek Anak Rintik~ perumpamaan ini maseh boleh dipakai rupanya..MG pon sama. bab makan harus menepati masa. "err auntie..uncle minum apa?" "kopi pon tak pa." Dengan hati gumbira cubalah aku sedaya upaya untuk tidak mengkantoikan diri yang tak pandai buat air kopi. aihhh... Tengok gaya ibu macam nak buat cucur. cucur apekah? tepung, baking soda, garam, gula, susu cair, telur. Owhh.. Ibu nak wat pancake! bestnye. tapikan kite mane ade Flat Pan...maka bergunalah Fancy flat electric pan MG! HAHAHA..
Malam itu MG mengajak ke Saba'. Mahu makan malam bersama-sama di restoran Iran pujaan kami berdua.kononnya itulah tempat kami bercanda. [thanks to Ana sebab perkenalkan restoran neh kt ktorg.] Seperti biasa, aku kenelah menjadi Miss GPS sejati. ohh.. MG tidak tahu akan jalan2 di Cyber dan Putrajaya walaupun sudah 3tahun disini. Aihh..Sesapa mahu pergi Saba' sila lah pergi. Dekat Cyberjaya. Sangat Recommended!! Sangat berbaloi-baloi. Kalau mahu tahu tempat, sila tinggalkan msg. Ibu, Bapa dan adek-adek tak putus-putus cakap sedap. Alhamdulillah..Seronok bila tengok diorg happy makan. Pulang bermakan, singgah menyinggah sekitar putrajaya sebab cik GF tak pernah datang Putrajaya. Bermain-main di dataran sehingga larut malam. selesai itu,terus balik rumah, dan tido kepenatan.
Ahad, "Kitorg dah di alamanda.kat bahagian basah" MG dengan riang memberitahu. Ibu cakap hari ini mahu masak tengahari sebab bapa ada urusan lepas zohor. Ok.Ok. mencarik barang-barang juga menterujakan. Macamlah tak tahu, cik Arnie dengan shopping tak boleh dipisahkan..Tidak lupa juga mencarik Flat Pan yang normal dan tidak berfancy. Adek berkata mahu membuat Lamb Chop untuk dinner. Nyumm..nyumm..
Kali ini shopping, aku 'payungkan'. tak ape.tak ape. nanti-nanti MG tolong balik cket- cket. kan..kan.. Balik rumah terus tolong ibu memasak. hehehe.. gigil beb! tapi aku cuba yang terbaik. cik GF pon turut membantu. tapi asal mintak tolong MG, langsung tak mahu! senget!! saje nak kenakan aku lah tuh.. cet! Lepas makan-makan, terus mengantok. menguap pun ala-ala siput sedut. Biarlah nak kata control ke hapa.. kalau dihulurkan bantal, mau je terbongkang aku depan tv tuh. Abes terbongkar segala keayuan aku. HAHAHA.tak boleh.tak boleh. tahan..tahan.. MG sedap je tido biarkan aku dan ibu berborak. sungguh dia kenakan aku...
Jom tengok Date Night! Angah mengajak menonton.. petang itu terus ke Alamanda bersama sama MG, Angah, Adek dan cik GF.sape yang berlakon? Steve Carell dan Tina Fey lah! memang terbaik. Gelak gelak sampai pening kepala aku. Muvie ini juga sangat direkomenkan!! cepat-cepat sementara maseh ditayangkan. tapi ingat, 18 PL ok..adek-adek yang blom 18 sila pergi dibawah pengawasan ibu bapa. kalau tak, nanti tak faham hape. tapi budak-budak sekarang bukan kah dah advance?
Balik dari muvie, adek terus prepkan untuk dinner. Yup Lamb Chop! memang terbaik lah.. malas nak cakap banyak sbb layan makan sampai tak bercakap..Sedap beb!
5 Orang Baik Hati:
Yeay!!alhamdulillah..U doing it very well!!!tahniah!..hihi..sonok tgk nini n zazam happy!! hope jodoh korang berpanjangan..amin..[-o< next is ur turn okek!!hee..amin[-o<
yay!!! i'm waiting for teh big news :)
Jaja : Insyallah.. ameeeennnnn~ TQ jaja..
Pija : Yay!!! I'm waiting that BIG news tOo!! HEHEHE ;P Harap Pija bersabar yer.
yes...mis arnie harap sampai ke jenjang pelamin...
p/s kiutnyer bertudung...
kak lina : ameennn...TQ kak ina...
Post a Comment